Your Call

Your Call

About Me

My photo
Hazim . 20. Ipoh . Malaysia

Wednesday, October 29, 2014

DIA

Bila aku update blog nie , semestinya aku ingin luahkan sesuatu . Aku dah macam putus harapan sekarang . Aku tak tau aku boleh luah kat siapa semua nie . Orang lain maybe takkan faham . Rindu , sayang semua ada . Walaupun dah hampir 10 bulan semua ni berlalu . Dia telah ajar aku erti hidup . Macam macam yang aku pelajari daripada dia . Aku dah cuba sampaikan sesuatu tapi macam tak sampai . Apa yang aku cakap , langsung tak diterima . Dia dah bahagia dengan pilihan hatinya . Banyak kekurangan aku , dan banyak jugak kelebihan lelaki tu . Aku sentiasa berpijak dibumi yang nyata . Sentiasa sedar kelemahan diri yang mungkin orang lain takkan boleh terima . Ucapan selamat tinggal tadi , mungkin text yang terakhir daripadanya . Dia betul2 nekad kali nie . Mungkin dia dah bahagia dengan lelaki tu dan taknak aku menjadi gangguannya . Terkilan yang teramat tapi kena terima . Orang dah taknak , takkan nak paksa pulak . Dia dah pilih jalan hidup dia . Tak semestinya orang yang kita cinta , kita boleh memilikinya . Aku melihat dia bahagia pun , aku dah bahagia walaupun hatiku sakit . Aku tak boleh pentingkan diri . "bae" tu cuma kekasih khalayan aku . Aku hanya perasan seorang diri . Setakat ni takde siapa pun yang boleh ganti tempat dia dalam hati aku . Takde siapa , hanya DIA ....


No comments:

Post a Comment